Terma & Syarat Tempahan
1. Gambaran perkhidmatan
Laman web ini telah dicipta dan dioperasikan oleh ATHOS TRAVEL, s.r.o. Kami bertindak sebagai pengantara di antara hotel dan pengguna bagi memberikan pengguna kami kemungkinan untuk mencari dan menempah penginapan hotel di dalam talian. Perkhidmatan kami berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh hotel. Walaupun kami melakukan yang terbaik untuk memastikan bahawa semua maklumat yang diberikan pada laman web ini adalah tepat, kami tidak dapat menjamin bahawa semua maklumat adalah komprehensif dan bebas dari ralat ataupun bertanggungjawab untuk gangguan atau maklumat yang tidak dihantar.
2. Privasi
ATHOS TRAVEL menggunakan standard etika yang tinggi dan menghormati privasi anda. Kami tidak akan memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga di bawah sebarang keadaan. Sila lihat DASAR PRIVASI kami untuk maklumat selanjutnya.
3. Jaminan kad kredit
Hotel memerlukan butiran kad kredit bagi menjamin tempahan anda. Maklumat kad kredit anda akan dihantar secara langsung ke hotel yang ditempah. Apabila anda membuat tempahan anda akan secara automatik memasuki satu perjanjian bersama hotel yang telah anda pilih. Kami tidak akan mengecaj kad kredit anda, kerana anda akan membayar untuk penginapan anda di hotel.
Yakinlah bahawa kami bertanggungjawab berkaitan maklumat kad kredit anda. Kami menggunakan teknologi standard industri "Secure Socket Layer (SSL)" untuk menyulitkan butiran kad kredit anda. Oleh itu kami boleh menjamin bahawa setiap transaksi yang dibuat adalah 100% selamat.
4. Percuma
Perkhidmatan kami adalah percuma. Tidak seperti banyak pihak lain, ATHOS TRAVEL tidak akan menambah bayaran tambahan, seperti bayaran tempahan, kepada kadar bilik.
5. Pembatalan
Sila ikut arahan di dalam e-mel pengesahan sekiranya anda perlu membatalkan penginapan anda. Jika anda membatalkan mengikut dasar pembatalan hotel, ia akan menjadi percuma. Kami mensarankan anda membaca dasar pembatalan hotel dengan berhati-hati. Jika anda membatalkan lewat daripada yang diminta oleh hotel atau tidak hadir, hotel mungkin akan mengecaj anda satu bayaran yang mana di dalam kebanyakan kes sama dengan menginap 1 malam. Sila ambil perhatian, ATHOS TRAVEL tidak akan mengecaj anda di atas sebarang pembatalan.
6. Penafian
Laman web ATHOS TRAVEL telah disusun dengan penjagaan sebaik mungkin. Perkhidmatan kami berdasarkan kepada meklumat yang diberikan oleh hotel; atas sebab ini hotel kekal bertanggungjawab untuk pembetulan maklumat ini. Hotel boleh mengubah maklumat mengenai hotel mereka, seperti harga dan ketersediaan, pada bila-bila masa. Kami tidak dapat menjamin bahawa semua maklumat adalah tepat dan bebas dari kesalahan, juga kami tidak dipertanggungjawabkan untuk sebarang ralat atau ketidaktepatan di dalam maklumat yang diberikan. Anda harus selalu memeriksa maklumat yang diberikan, sebelum bertindak terhadap maklumat yang diberikan.